Sunday, 20 December 2015

Proses membuat keropok


Proses 1: Setelah mendapat ikan daripada pembekal, ikan tersebut perlu disiang, dibuang perutnya dan kepalanya. Kemudian, ikan tersebut dibersihkan dan sedia untuk dikisar.


Proses 2: Setelah proses membersih, ikan-ikan ini akan diletakkan di bilik mengisar. Setelah itu, pekerja dikilang itu akan mengisar ikan-ikan yang telah dibersihkan bersama tulang-tulang ikan dan menambah ais, kemusian dikesar sehingga menjadi sebati. Selanjutnya, ikan yang dihancurkan sebentar tadi di pindahkan ke tempat pengadunan doh. 


Proses 3: Doh dihasilkan daripada tepung, kanji, telur, garam, perisa tambahan dan banyak lagi. Pekerja kilang disana akan mencampurkan dan mengaul hasil kisaran di proses pertama bersama resepi doh di atas di dalam mesin membuat doh.



Proses 4: Doh yang telah dihasilkan akan dibentuk sehingga menjadi bentuk silinder dengan panjangnya sebanyak 50-60cm. 





Proses 5: Selepas proses membentuk, doh tersebut akan direbus serta merta untuk menjaga kualiti dan bentuk keropok yang akan dihasilkan. Doh tersebut akan direbus dalam jangka masa yang ditetapkan supaya ia betul-betul masak. 




Proses 6: Seterusnya adalah proses mengeringkan doh selepas direbus. Doh yang direbus di letakkan di meja sehingga ia sedia di masukkan ke dalam peti sejuk beku. Doh ini di simpan di dalam peti sejuk buku bagi memudahkan untuk doh ini untuk dipotong menjadi keropok.



Proses 7: Apabila doh tersebut telah beku sepenuhnya di dalam peti sejuk buku untuk beberapa hari dan masa, doh ini sedia untuk dipotong menjadi keropok. Proses memotong menjadi keropok ini dilakukan oleh mesin yang sedia ada khas untuk memotong. 


Proses 8: Proses mengoreng dibuat selepas proses pemotongan. Proses mengoreng mengambil masa selama 7 minit pada suhu minyak 160 degree sehingga 180 degree Celsius. Proses ini mesti dikawal oleh pekerja di kilang tersebut, di mana dia perlu mengacau keropok-keropok itu sehingga ia masak sepenuhnya. Selepas keropok itu masak digoreng, ia perlu di angkat keluar dari tempat memasak.



Proses 9: Seterusnya, keropok yang di masak akan di hantar ke bilik pembungkusan. Keropok akan di bungkus dalam pembungkus rasmi Keropok Mak Wan. Setiap bungkusan adalah seberat 80 sehingga 120 gram.



Proses 10: Setiap 80 sehingga 120 gram bungkusan perlu dikedap untuk menghalang daripada dimasuki angin. Selepas itu, bungkusan yang dikedap itu akan dibungkus secara bundle bersama dengan bungkusan yang lain. Setiap bundle bungkusan mempunyai 30 bungkusan.


Proses 11: Bundle-bundle keropok ini di simpan di tempat simpanan keropok.


Proses 12: Proses terakhir, keropok ini akan di pasarkan mengikut kehendak pembeli. 

Proses-proses Keropok Ikan Mak Wan

Semasa lawatan, kami telah mendapati terdapat beberapa proses untuk menghasilkan keropok ikan ini. Proses-proses yang berkaitan adalah seperti berikut:-

Proses 1: Membersih dan menyiang ikan
Proses 2: Mengisar ikan
Proses 3: Menghasilkan doh ikan 
Proses 4: Mengadun doh ikan
Proses 5: Merebus doh
Proses 6: Mengeringkan doh
Proses 7: Memotong doh
Proses 8: Mengoreng dan meredakan panas keropok
Proses 9: Membungkus keropok
Proses 10: Mengedap dan Membundlekan bungkusan keropok
Proses 11: Menyimpan keropok
Proses 12: Memasarkan keropok

Selanjutnya, saya akan menerangkan proses-proses ini dengan lebih mendalam di post yang baru.

Latar Belakang Kilang Mak wan

Kilang Keropok Mak Wan telah didaftarkan dengan nama Wan Hasmah Tumpat Enterprise yang menjual produk utamanya Keropok Cap Pinggan yang bertempat di Jalan Tanjung Kuala, Tumpat, Kelatan.Kilang ini dimiliki oleh Wan Hasmah bt. Wan Semail, yang diuruskan oleh pengurus yang bernama Kamaluzzaman bt Che Cob and diselia oleh Rohani bt Che Cob dan dibantu oleh Norhayati bt. Che Cob. Kilang Mak Wan telah ditubuhkan selamannya 30 tahun dah beroperasi setiap hari dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. 

Tuesday, 15 December 2015

Pengenalan

Adakah anda tahu bahawa keropok ikan adalah salah satu makanan tradisional yang paling digemari di kawasan pantai timur terutamanya di Kelantan. Keropok sering menjadi makanan sampingan buat mereka. Terdapat banyak kilang yang menghasilkan keropok ikan dan salah satu yang telah kami lawati ialah Kilang Keropok Mak Wan. Kilang ini telah beroperasi selama 30 tahun dan ini bermakna mereka sangat berpengalaman dalam bidang ini. Seterusnya kami akan berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman kami di post seterusnya.

Monday, 14 December 2015

Assalamualaikum

Assalamualaikum semua, blog ini dicipta untuk berkongsi ilmu serba sedikit ilmu mengenai keropok ikan. Pada bulan September yang lalu, kami sekelas telah membuat lawatan ke kilang keropok ini, dan kami membuat keputusan untuk membuat satu blog dan berkongsi tentang ilmu yang diperolegi dengan orang ramai.